• SULAM UM
  • sulam@um.edu.my
logo
logo

Project Title: Know Better, Do Better, Smile Brighter 

Course: DIA4001 (Community Dentistry)
Program: Bachelor of Dental Surgery
Faculty: Faculty of Dentistry
Project Coordinator: Prof. Dr. Jennifer Geraldine Doss


     FULL REPORT

Summary : 

Sasaran komuniti projek CFP SULAM ini terdiri daripada 20 orang kanak-kanak yang kurang bernasib baik yang berumur daripada 6 hingga 19 tahun di Pusat Penjagaan Kanak-kanak Cacat Taman Megah(PPKKCTM). Mereka dilahirkan sempurna tetapi terpaksa dihantar ke PPKKCTM akibat penceraian atau kematian ibu-bapa. Mereka merupakan golongan yang kurang diambil berat oleh masyarakat kerana kebanyakannya berpandangan bahawa PPKKCTM hanya terdiri daripada kanak-kanak kurang upaya. Kesedaran mereka terhadap kesihatan mulut adalah rendah dan segelintir daripada mereka mengalami masalah karies gigi serta masalah gusi. Oleh itu, sebanyak 6 stesen interaktif, suatu lagu remix dan 2 ceramah telah dicipta dan dirancang untuk memberikan kesedaran dan teknik penjagaan kesihatan mulut dalam 3 sesi yang berlainan.

Objective : 

Menggosok Gigi

  1. Untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menggosok gigi
  2. Memastikan pemahaman tentang pemilihan berus gigi dan ubat gigi yang sesuai mengikut umur.
  3. Untuk memastikan pemahaman tentang kekerapan, masa menggosok gigi dan membilas.
  4. Untuk memastikan pemahaman tentang peranan fluorida dan faedahnya terhadap kesihatan mulut.
  5. Untuk memastikan mereka mengamalkan teknik menggosok gigi yang betul.
  6. Untuk meningkatkan kebersihan mulut.
  7. Untuk mengubah perspektif berkaitan dengan kepentingan menggosok gigi terhadap kesihatan mulut.

Flos

  1. Untuk memastikan pemahaman tentang sebab dan faedah mengamalkan flos ke arah kesihatan mulut.
  2. Untuk memperkenalkan teknik flos, kekerapan dan masa penggunaan.
  3. Untuk memperkenalkan teknik flos. 
  4. Untuk meningkatkan kebersihan mulut.
  5. Untuk mengubah perspektif mereka terhadap kepentingan flos ke arah kesihatan mulut.

Pengambilan Gula

  1. Untuk memastikan pemahaman tentang kesan buruk pengambilan gula kepada kesihatan mulut
  2. Untuk memastikan pemahaman tentang kuantiti maksimum gula yang perlu diambil setiap hari.
  3. Untuk memastikan pemahaman tentang jenis gula, jenis makanan yang mengandungi gula tersembunyi, masa, dan kekerapan pengambilan gula dalam diet.
  4. Untuk mengubah perspektif mereka terhadap kepentingan mengawal gula pemakanan ke arah kesihatan mulut.

Lawatan Pergigian

  1. Untuk memastikan pemahaman mereka tentang kepentingan, kekerapan dan faedah lawatan berkala ke doktor gigi.
  2. Untuk menghapuskan stereotaip tentang doktor gigi
  3. Tabiat Parafungsi
  4. Untuk memastikan pemahaman tentang kesan mengamal tabiat parafungsi termasuk menggigit kuku, menghisap ibu jari, mengisar gigi dan mengunyah ais.

Merokok

  1. Untuk memastikan pemahaman mereka bagaimana merokok menjejaskan kesihatan sistemik dan mulut.

UM SULAM PROJECT 2022 : Know Better, Do Better, Smile Brighter

Oral Screening Demo

Toothbrushing Technique

Last Update: 09/09/2022