Project Title: Pioneering Islamic Leaders of Tomorrow (PILOT)
Course: GIG1005 (Jalinan Masyarakat)
Program: Sains Gunaan Dengan Pengajian Islam
Faculty: Akademi Pengajian Islam
Project Coordinator: Dr. Abdul Halim Bin Ibrahim
Project Title: Pioneering Islamic Leaders of Tomorrow (PILOT)
Course: GIG1005 (Jalinan Masyarakat)
Program: Sains Gunaan Dengan Pengajian Islam
Faculty: Akademi Pengajian Islam
Project Coordinator: Dr. Abdul Halim Bin Ibrahim
Summary :
Program ini merupakan salah satu elemen proses penyesuaian mahasiswa dalam menyesuaikan diri dengan masyarakat dan situasi selepas menjalani proses bina diri. Program ini melibatkan Mahasiswa Tahun Dua dari Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Melalui program ini mahasiswa akan dapat merasakan dirinya dapat berbakti dan diterima oleh masyarakat sekeliling tanpa rasa kekok dan malu. Persepsi positif pada diri mahasiswa akan dapat dibina menerusi aktiviti kemasyarakatan serta akan merasakan diri mereka sentiasa didamping oleh insan lain. Program Jalinan Masyarakat yang akan diadakan adalah selaras dengan kehendak Kerajaan ke arah melahirkan ‘modal insan’ yang seimbang dari segi intelek, jasmani, rohani dan kemahiran bersosial dalam membentuk jati diri yang mantap, komunikasi yang berkesan. Program ini juga meletakkan penghayatan dalam hidup bermasyarakat dan berkomunikasi dalam pelbagai lapisan, seperti kata pepatah “Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya”. Konsep khidmat masyarakat ini adalah satu realiti pelajar ke arah hidup masyarakat sebenar pelajar dalam proses kesepaduan melalui komuniti setempat.
Objective :
1. Memantapkan kemahiran insaniah “softskill” dan kemahiran berkomunikasi antara mahasiswa.
2. Menghayati amalan hidup bermasyarakat dalam sesebuah komuniti.
3. Melatih mahasiswa mengurus diri dalam bersosial dengan cara yang sihat.
4. Menanam semangat kerjasama dan hormat-menghormati antara satu sama lain
Last Update: 19/09/2022