• SULAM UM
  • sulam@um.edu.my
logo
logo

Project Title: A-B-C-DENTIST!  

Course: DIA4001 (Pergigian Masyarakat III)
Program: Sarjana Muda Pembedahan Pergigian
Faculty: Fakulti Pergigian
Project Coordinator: Prof. Dr. Norintan binti Ab. Murat


     FULL REPORT

Summary : 

Program SULAM di bawah kursus DIA 4001 ini telah dijalankan di Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah, Cheras dan melibatkan seramai 37 orang kanak-kanak berusia dari 7 sehingga 12 tahun. Ketika situasi analisis dijalankan didapati kebanyakan kanak-kanak ini mempunyai literasi dan numerasi yang sangat rendah. Oleh kerana tahap literasi sangat berhubungkait dengan kesihatan mulut, maka kami merasakan perlu memberikan penekanan kepada asas asas membaca, mengira dan menulis (3M) di samping aktiviti berkaitan penjagaan muliut. Projek yang dinamakan A-B-C-DENTIST! ini mendapat kerjasama daripada Persatuan Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya dan Islamic Dental Assosciations of Malaysia. Pelbagai aktiviti telah dijalankan oleh pelajar seperti pemeriksaan gigi, memperkasakan ilmu tentang kesihatan mulut, diet yang seimbang, keburukan merokok terhadap tubuh badan dan sedikit ilmu pengetahuan berkaitan COVID-19. Selain itu, pelajar turut sama membantu pihak rumah kediaman mengecat kawasan persekitaran dan menyediakan tikar anti-licin di kawasan yang licin seperti sinki dan tandas disamping menyediakan satu polisi berkaitan berus gigi untuk kanak-kanak di situ. Kesemua aktiviti yang dijalankan adalah berlandaskan prinsip ‘Ottawa Charter 1986’ iaitu pembentukan polisi awam, pembinaan persekitaran yang kondusif, pemupukan kemahiran kendiri dan gerakan masyarakat.

Objective : 

  1. Mendedahkan tentang amalan dan kepentingan penjagaan gigi.
  2. Mendidik pelajar mengenai hubungan amalan pemakanan yang sihat dengan kesihatanmulut dan badan melaluipengenalan jumlah dan kekerapan pengambilan gula.
  3. Menerangkan buruk merokok terhadap kesihatan mulut dan tubuh badan.
  4. Mengajar kemahiranmembaca, menulis dan mengira
  5. Meningkatkan status kesihatan gigi dan mulut.


Last Update: 15/11/2022