• SULAM UM
  • sulam@um.edu.my
logo
logo

Project Title: Workshop for Rainwater Garden "Making Rain Garden"

Course: GIG1005 (Jalinan Masyarakat)
Program: Sarjana Muda Sains Seni Bina
Faculty: Fakulti Alam Bina
Project Coordinator: Puan Ati Rosemary Bt Mohd Ariffin & Dr. Hazrina Haja Bava Mohidin


     FULL REPORT

Summary : 

Projek "Rainwater garden" ialah taman air hujan bagi menampung dan merawat lebihan air daripada bumbung dan tempat wuduk di SAM Bestari, sebelum air berkenaan memasuki sistem perparitan. Projek ini bertujuan memberi informasi bagaimana sistem rainwater garden dibina dan berfungsi. Taman hujan tersebut berfungsi untuk menapis dan mengurangkan larian air hujan sebelum memasuki saluran air. Taman hujan bukan sahaja mencantikkan halaman, kejiranan dan taman-taman, ia juga boleh mengelakkan komuniti dari menghadapi masalah saliran dan banjir. Bengkel ini juga memberi pengetahuan kepada komuniti, bagaimana mereka boleh melaksanakan sistem yang sama di kediaman mereka. Pelajar, pensyarah dan komuniti akan bersama-sama membina taman takungan ini, bermula dari penggalian tanah hingga ke penanaman pokok di sekitar taman berkenaan. Sebelum proses pembinaan dijalankan, bengkel teori diadakan untuk memberi informasi lanjut mengenai rainwater garden seperti jenis tanah, tanaman pokok, sistem penapisan dan sebagainya.

Objective : 

1. Untuk mengurangkan lebihan air hujan di kawasan sekolah

2. Mengunakan semula air hujan sebagai sebahagian daripada landskap 

3. Menggunakan semula sisa air dari tempat wuduk sebagai sumber air bagi taman air hujan 

4. Berkongsi informasi bersama pelajar dan komuniti tentang bagaimana membina dan menjaga taman air hujan

ACTIVITIES VIDEO


Last Update: 19/09/2022