• SULAM UM
  • sulam@um.edu.my
logo
logo

Project Title: STEM Challenge for and by Students

Course: GIG1005 (Jalinan Masyarakat)
Program: Sarjana Muda Ukur Bangunan
Faculty:  Fakulti Alam Bina
Project Coordinator: Dr Sr Raha binti Sulaiman / Dr Nur Farhana Azmi 


     FULL REPORT

Summary : 

Para pelajar telah menjalinkan kolaborasi bersama STEM 4All Makerspace dengan menganjurkan aktiviti berkonsepkan STEM. Komuniti sasaran adalah kanak-kanak dan para pelajar sekolah rendah dan menengah dari kawasan setempat. Projek pertama ialah penglibatan sukarela para pelajar Ukur Bangunan seramai 10 orang selama sehari untuk program World Engineering Day di Da Men Mall. Mereka kemudiannya berjaya merancang projek 'STEM Fest, Workshop and Carnival' bertempat di The Curve Mall, Damansara, Da Men Mall USJ dan Fakulti Alam Bina. Namun terpaksa dibatalkan disebabkan penularan wabak pandemik Covid-19. Kemudian, projek ditukar kepada Online STEM Challenge dengan dua kategori pertandingan iaitu DIY Fun Challenge 3D House Design dan Trash to Treasure. Pertandingan ini mensasarkan penyertaan komuniti yang lebih luas dari seluruh Malaysia kecuali Sabah. DIY Fun Challenge berjaya mendapat 75 penyertaan dan Trash to Treasure sebanyak 17 penyertaan. 10 pemenang tertinggi dan seorang pemenang utama untuk setiap kategori menerima hadiah sumbangan daripada peruntukan CITRA dan sebahagian tajaan daripada STEM 4All Makerspace. Program ini berjaya dilaksanakan sepenuhnya oleh para pelajar dengan penyeliaan minimum daripada pensyarah serta sokongan padu daripada STEM 4All Makerspace. Objektif  Jalinan Masyarakat berjaya dicapai. 

Objective : 

i. Mendedahkan pelajar kepada aktiviti kemasyarakatan dalam apa jua keadaan samada semasa dalam keadaan normal mahupun ketika menghadapi krisis.


ii. Mengaplikasikan kemahiran pelajar dalam kemahiran berkomunikasi dan berinteraksi dengan masyarakat dengan menggunakan pelbagai platform samada secara bersemuka mahupun secara maya.


iii. Menjadikan projek ini sebagai satu platform kepada mahasiswa dan mahasiswi Universiti Malaya khususnya para penuntut program Sarjana Muda Ukur Bangunan Sesi 2019/2020 untuk berkhidmat bakti secara terus kepada masyarakat sekeliling.

Activities Video


Last Update: 20/09/2022