• SULAM UM
  • sulam@um.edu.my
logo
logo

Project Title: 'Program Jalinan Masyarakat Bersama Komuniti Kg. Gajah Perak 'Inspiring Lives, Inspiring Communities'    

Course: GIG1005 (Jalinan Masyarakat)                          Program: Sains Pengurusan Alam Sekitar / Institut Sains Biologi 
Faculty: Fakulti Sains
Project Coordinator: Dr. Rosazlin Binti Abdullah


    FULL REPORT

Summary : 

Program ini telah dijalankan selama 4 hari 3 malam di Kg Gajah Perak. Terdapat  13 aktiviti telah diatur untuk mendekati  dan menjalin hubungan antara pelajar-pelajar tahun pertama Program Pengurusan Alam Sekitar dan penduduk-penduduk Kg. Gajah Perak. Aktiviti ini merangkumi semua lapisan masyarakat dari latar belakang berbeza  untuk memberi pendedahan dan pengalaman  kepada pelajar demi mencapai objektif yang ditetapkan. Pada hari pertama, kami menziarahi orang-orang tua di True Hapiness Elderly Care serta anak-anak yatim Rumah Anak Yatim Amanah An-Nur Maisarah. Program  'Oh My English'  diadakan dengan pelajar Kampung Gajah. Pada hari kedua,  'Earthducation' di SK Dato Sagor bersama pelajar-pelajar  prasekolah. Kami melawat lima buah keluarga untuk menghulurkan barangan keperluan dalam  'Kunjungan Kasih'. Pada waktu malam, majlis pembukaan dijalankan. Pada hari ketiga,  'Road to University' di SMK Dato Seri Maharajalela dilaksanakan. Aktiviti gotong-royong diadakan di Surau Kg. Gajah. Program  Hari Sukan Kampung Gajah bekerjasama dengan Belia Sukan Negara. Malam kebudayaan diadakan dengan mengadakan persembahan bersama penduduk kampung. Pada hari terakhir, aktiviti gotong-royong dan majlis penutupan sempena 'Program Anti Dengue'. Hari terakhir sebelum berpisah, Penduduk kampung membawa kami melawat Kilang labu sayong dan muzium bersejarah.

Objective : 

1. Mewujudkan dan menanam nilai kepimpinan di kalangan pelajar.  

2. Memberi kesedaran dan pemahaman kepada mahasiswa terhadap  peranan dan tanggungjawab dalam mencapai pembangunan modal insan.

3. Menggerakkan tenaga muda (pelajar) sebagai pemangkin kepada  perubahan sosial.  

4. Memupuk sifat empati dalam diri mahasiswa supaya sentiasa syukur  pada nikmat yang dikurniakan.


Copyright by Pusat Teknologi Maklumat

Last Update: 19/09/2022