• SULAM UM
  • sulam@um.edu.my
logo
logo

Project Title: PROGRAM JALINAN MASYARAKAT 

Course: GIG1005 (Jalinan Masyarakat)
Program: Akademi Pengajian Melayu
Faculty: Akademi Pengajian Melayu
Project Coordinator: Dr. Eizah Binti Mat Hussain / Dr. Noor Hasnoor Mohammad Nor / Dr. Rohaidah Harun / Dr. Mohammad Nazzri Ahmad / Encik Zamre Abu Hassan


     FULL REPORT

Summary : 

Program jalinan masyarakat merupakan kursus wajib Universiti Malaya yang diambil oleh semua pelajar universiti malaya. Pihak Akademi Pengajian Melayu telah memilih pihak Kg.Sri Damai, Kuantan, Pahang sebagai tempat pelaksanaan program Jalinan Masyarakat pada tahun 2019. Program ini mengambil masa 3 hari 2 malam dan berkonsepkan keluarga angkat. Seramai 83 orang peserta daripada Akademi Pengajian Melayu dan 26 keluarga angkat yang terlibat dalam pengambilan anak angkat. Pada hari pertama, aktiviti pelajar banyak menumpukan pada sekitar kampung dan aktiviti itu dinamakan larian muhibbah. Aktiviti ini memerlukan para pelajar berjalan sekitar kampung dengan bantuan masyarakat kg sendiri. Seterusnya, program ini diisi juga dengan malam kerohanian bersama komuniti kampung. Pada hari kedua pula, program ini diisi dengan program jejak menara yang diadakan di SMK Sri Damai. Sebahagian peserta diarahkan untuk menjadi fasilitator di sekolah tersebut. Peserta-peserta tersebut berkongsi pengalaman memasuki alam universiti dan melaksanakan latihan dalam kumpulan. Lebihan peserta yang lain pula meneruskan aktiviti kenduri rakyat. Kenduri rakyat di mana para peserta bergotong-royong dengan masyarakat kampung untuk memasak bagi majlis penutup. Pada hari ketiga para peserta lebih meluangkan masa bersama keluarga angkat mereka.

Objective : 

1. Memberi peluang kepada mahasiswa untuk berhadapan masyarakat sekeliling yang berbeza latar belakang.
2 Mengisi aktiviti masyarakat dengan program keilmuan sama ada yang berkaitan dengan kemasyarakatan, keharmonian, kerohanian dan kebajikan.
3. Memberi peluang kepada mahasiswa untuk menyalami dan bersilaturrahim dengan masyarakat kampung.
4. Merapatkan hubungan antara mahasiswa dengan sendiri.


Last Update: 19/09/2022