• SULAM UM
  • sulam@um.edu.my
logo
logo

Project Title: FELIX EXITUS

Course: GIG1005 (Jalinan Masyarakat)
Program: Sains Gunaan Dengan Pengajian Islam
Faculty: Akademi Pengajian Islam 
Project Coordinator: Dr. Abdul Halim Bin Ibrahim


     FULL REPORT

Summary : 

Pihak pentadbiran Universiti Malaya telah mewajibkan kepada semua mahasiswa-mahasiswi agar mengambil kursus GIG1005 Jalinan Masyarakat dan ianya merupakan salah satu kursus dalam senarai Kursus Wajib Universiti. Sehubungan dengan itu, para mahasiswa tahun kedua program Pengajian Islam dan Sains/Teknologi Maklumat telah berbincang dan bersepakat untuk menganjurkan satu program bagi memenuhi tuntutan kursus GIG1005 Jalinan Masyarakat. Menyedari dan prihatin dengan fakta bahawa terdapat ramai golongan pelajar sekolah menengah yang tidak mengetahui tip masuk ke universiti dan masih belum mampu menentukan halatuju akademik mereka disamping kurang ‘softskill’ dalam bercakap di khalayak ramai. Maka, Mahasiswa/i tahun kedua program Pengajian Islam dan Sains/Teknologi Maklumat telah mengambil inisiatif untuk mengadakan satu program yang dinamakan sebagai FELIX EXITUS. Program ini adalah sebuah program yang dirangka dengan tujuan menghulurkan sedikit info-info dan bantuan kepada pelajar-pelajar lepasan PT3 menentukan halatuju mereka dalam peringkat seterusnya termasuklah bidang yang akan mereka ceburi dan memberi fakta tentang kehidupan dan cabaran baru apabila mereka melangkah ke alam universiti kelak, di samping memperkenalkan kursus yang ditawarkan oleh Jabatan Sains Gunaan Pengajian Islam [SGPI] di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Program ini juga diharapnya dapat menyemai rasa tanggungjawab di kalangan fasilitator dan AJK yang terlibat dalam mengambil berat perihal masyarakat luar terutamanya pelajar sekolah menengah. Aktiviti yang dirancangkan dalam program FELIX EXITUS merupakan aktiviti yang menggabungkan aspek kepimpinan, motivasi dan juga tips-tips berguna melalui pengisian yang direncanakan.

Objective : 

1 Memberikan pendedahan kepada pelajar lepasan PT3 tentang halatuju selepas PT3 berdasarkan minat dan kemahiran diri.
2 Memupuk kesedaran dalam diri pelajar tentang kepentingan menjaga sahsiah diri.
3 Memupuk kepentingan kemahiran insaniah dalam kehidupan sebagai seorang pelajar.


Last Update: 19/09/2022