• SULAM UM
  • sulam@um.edu.my
logo
logo

Project Title: AT-TARBIYAH TURABBI AL-BASYR (PENDIDIKAN MEMBENTUK KEPERIBADIAN MANUSIA)

Course: GIG1005 (Jalinan Masyarakat)
Program: Pendidikan Islam
Faculty: Akademi Pengajian Islam 
Project Coordinator: Dr. Mohamad Azrien Bin Mohamed Adnan


     FULL REPORT

Summary : 

Program yang bertajuk At-Tarbiyah Turabbi al-Basyr di bawah anjuran Mahasiswa/I Sarjana Muda Pendidikan Islam Sesi 2019/2020 mempunyai objektif yang sangat signifikan berteraskan akademik serta ke arah melahirkan produk universiti yang lebih mesra masyarakat. Oleh itu, satu program kearah menterjemahkan pendefinisian mesra masyarakat dalam bentuk praktikal telah dirangka. Mahasiswa dari Sarjana Muda Pendidikan Islam telah merancang Program pendidikan yang akan dijalankan di Pantai Cunang Orang Asli Tanjung Sepat, Pekan Tanjung Sepat, Selangor. Dalam usaha melahirkan modal insan yang berkualiti dari aspek penghayatan agama dan sahsiah, satu program yang mengambil berat akan kepentingan akhlak dan ibadah serta berkebolehan dalam memimpin telah dirancang. Ia bermatlamatkan memberi pendedahan kepada masyarakat tentang perkaitan antara kepentingan penghayatan dan tahsin ibadah serta sahsiah ke arah pembentukan nilai mahmudah dalam diri dan menjalinkan hubungan yang akrab diantara kalangan mahasisw/I dengan masyarakat yang disasarkan.

Objective : 

  1. Menjadi platform kepada mahasiswa/i untuk menyampaikan ilmu kepada sasaran dengan mempraktikkan konsep pendidikan yang dipelajari.
  2. Melahirkan hubungan erat antara mahasiswa/i dengan masyarakat Orang Asli sebagai orientasi ke arah melahirkan mahasiswa/i yang prihatin.
  3. Memberi pendedahan serta penghayatan kepada peserta untuk menjiwai kehidupan masyarakat orang asli.
  4. Mengasah kemahiran insaniah (softskills) mahasiswa dalam lapangan dakwah dan komunikasi.

Activities Video


Last Update: 19/09/2022