Sukacita dimaklumkan, salah satu Projek SULAM UM dibawah pengendalian Fakulti Pergigian, telah mendapat kemenangan di peringkat antarabangsa iaitu di 5th China Asean Excellent Young Dental Student Forum yang telah berlangsung pada 19 November 2022.
Cik Shafira Mohd Zairi, iaitu pelajar pergigian Tahun Akhir, mewakili Kumpulan D untuk projek bertajuk A-B-C-D-E-ntist: An oral health promotion project on abandoned children in Malaysia, telah mendapat Tempat Pertama untuk Best Presentation Award dan Tempat Ketiga untuk Best Overall Project Award.
Tahniah diucapkan.