• Welcome to SULAM UM
  • sulam@um.edu.my
logo
logo

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Projek SULAM UM 2022 - 20 Jun 2022

Pada 20 Jun 2022, Pusat Latihan Intern dan Pengayaan Akademik (CITrA), telah menganjurkan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Projek SULAM UM 2022 - 20 Jun 2022 yang bertempat di Bilik CUBE Akademi Pengajian Islam, UM. Tujuan penganjuran majlis adalah bagi penyampaian hadiah kepada semua pemenang-pemenang Pertandingan Projek SULAM UM 2022 bagi menghargai jasa dan usaha keras pihak pelajar dan pensyarah dalam menjalankan Projek SULAM dan Jalinan Masyarakat yang berimpak tinggi kepada pelajar dan masyarakat.

Antara tetamu jemputan adalah YBhg. Professor Dr. Yatimah Alias (Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa), Profesor Madya Dr. Wendy Yee Mei Tien (Pengarah CITrA), Profesor Madya Dr. Jacob John Chiremel Chandy (Panel Juri) serta para pemenang dan pensyarah.

Pertandingan Projek SULAM UM 2022 terbahagi kepada 2 kategori pertandingan iaitu Kategori Projek SULAM Terbaik & Kategori Projek e-SULAM Terbaik. Penyertaan adalah terbuka kepada semua pelajar Universiti Malaya yang menjalankan projek SULAM/Jalinan Masyarakat (JM) Semester 2, Sesi 2021/2022 sahaja.

Bagi Kategori Projek SULAM Terbaik, 5 projek telah terpilih untuk memenangi pertandingan. Tempat Pertama telah dimenangi oleh Projek SENYUMAN ANAK YATIM dan IBU TUNGGAL (SAY IT, say eee, stay healthy). Ketua Kumpulan adalah Amelie Yong Hui Jing Dan Penyelia Projek adalah Prof. Dr. Zamros Yuzadi Bin Mohd Yusof.

Tempat Kedua telah dimenangi oleh Projek H.E.R.O.es (Help. Educate. Report. Overcome) Against Bullying. Ketua Kumpulan adalah Anis Syaza Binti Azlin Dan Penyelia Projek adalah Prof. Madya Dr. Nur Amani@Natasha Binti Ahmad.

Tempat Ketiga telah dimenangi oleh Projek EKSPLORASI BUDAYA ORANG ASLI SERENDAH. Ketua Kumpulan adalah Fatin Farahiyah Binti Zamren Dan Penyelia Projek adalah Dr. Zahiruddin Fitri Bin Abu Hassan.

Tempat Saguhati telah dimenangi oleh Projek Let’s Go Green. Ketua Kumpulan adalah Wong Siow Earn dan Penyelia Projek adalah Dr. Zahiruddin Fitri Bin Abu Hassan.

Tempat Saguhati yang seterusnya telah dimenangi oleh Projek Touch of Delight. Ketua Kumpulan adalah Umit Anak Johnny dan Penyelia Projek adalah Dr. Zaiton Binti Azman.

Bagi Kategori Projek e-SULAM Terbaik, 2 projek telah terpilih untuk memenangi pertandingan. Tempat Pertama telah dimenangi oleh Projek PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT (FILEM PENDEK): PUISI SENYAP. Ketua Kumpulan adalah Nurul Allya Binti Abu Bakar dan Penyelia Projek adalah Dr. Mohamad Saleeh Bin Rahamad @ Ahamad.

Tempat Kedua telah dimenangi oleh Projek UNPLASTICCO. Ketua Kumpulan adalah Nurul Aiman Binti Mahammad Hanif dan Penyelia Projek adalah Dr. Sheila Devi Michael.

Penyampaian Hadiah Pertandingan Projek SULAM UM 2022 kepada para pemenang telah disampaikan oleh YBhg. Professor Dr. Yatimah Alias. Dengan penganjuran majlis ini, secara tidak langsung dapat menggalakkan lagi pelajar-pelajar dan pensyarah untuk terus mengembangkan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang berimpak tinggi khususnya kepada pelajar dan masyarakat luar dengan mengaplikasikan aspek Service Learning Malaysia-University for Society (SULAM). 

Berikut adalah gambar-gambar untuk Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Projek SULAM UM 2022 yang telah berlangsung: 

Gambar Program

Keterangan

Majlis Penyampaian Hadiah diketuai oleh Cik Hartini Mohamed sebagai pengacara majlis.  

     

Ucapan Prof. Madya Dr. Wendy Yee Mei Tien, Pengarah CITrA kepada semua tetamu jemputan yang hadir.

Ucapan Prof. Dr. Yatimah Alias, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), UM kepada semua tetamu jemputan yang hadir.

Penyampaian hadiah kepada Tempat Pertama (Kategori Projek SULAM Terbaik)

Penyampaian hadiah kepada Tempat Kedua (Kategori Projek SULAM Terbaik)

Penyampaian hadiah kepada Tempat Ketiga (Kategori Projek SULAM Terbaik)

Penyampaian hadiah kepada Tempat Saguhati (Kategori Projek SULAM Terbaik)

Penyampaian hadiah kepada Tempat Pertama (Kategori Projek e-SULAM Terbaik)

Penyampaian hadiah kepada Tempat Kedua (Kategori Projek e-SULAM Terbaik)

Ucapan wakil Pemenang Tempat Pertama (Kategori Projek SULAM Terbaik) - Muhammad Syazwan Bin Ahmad Fauzi

Ucapan Wakil Pemenang Tempat Pertama (Kategori Projek e-SULAM Terbaik) - Nurul Allya Binti Abu Bakar bagi

Penyampaian Cenderahati & Sijil Penghargaan kepada Panel Juri Profesor Madya Dr. Jacob John Chiremel Chandy

Penyampaian Cenderahati kepada pihak TNC(A&A) Profesor Dr. Yatimah Alias

Sesi bergambar bersama semua pemenang.

Highlights