• Welcome to SULAM UM
  • sulam@um.edu.my
logo
logo

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan e-SULAM Innovate 2021 (Universiti Malaya)

11 November 2021

Pada 11 November 2021, Pusat Latihan Intern dan Pengayaan Akademik (CITrA), telah mengajurkan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan e-SULAM Innovate 2021 (Universiti Malaya) yang bertempat di Bilik Mesyuarat Marketing & Recuitment Centre, UM. Tujuan penganjuran majlis adalah bagi menghargai jasa dan usaha pihak pelajar dan pensyarah dalam memenangi Pertandingan e-SULAM Innovate 2021 yang telah dijalankan di peringkat Pengajian Tinggi Malaysia baru-baru ini. Antara tetamu jemputan adalah Profesor Dr. Kamila Ghazali, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Profesor Madya Dr. Wendy Yee Mei Tien, Pengarah CITrA, serta para pemenang dan pensyarah.

Untuk Kategori Projek e-SULAM Terbaik, Universiti Malaya telah berjaya memenangi Tempat Ketiga di bawah Projek Kesedaran Bahaya Terhadap Orang Asing. Ahli kumpulan terdiri daripada Vanieswari Gunaseelan (Ketua Kumpulan), Nurul Ain Mazwin, Yaping Yu, Chong Wan Zhen dan Pensyarah iaitu Prof. Madya Dr. Farrah Dina Yusop.

Untuk Kategori Projek Konsep e-SULAM Terbaik, Universiti Malaya telah berjaya memenangi Naib Johan di bawah Projek Senyuman Warga Emas – Pendidikan Kesihatan Mulut Secara Atas Talian (SWEAT). Ahli kumpulan terdiri daripada Nurhidayah Che Kamaruddin (Ketua Kumpulan), Choo Yong Sze, Joelle Lim Sin Yi, Wan Jia Chen, Muhammad Irfan Danial Mohd Sabri dan Pensyarah iaitu Prof. Madya Dr. Jacob John Chiremel Chandy.

Penyampaian Hadiah Pertandingan e-SULAM Innovate 2021 (Universiti Malaya) kepada para pemenang telah disampaikan oleh Profesor Dr, Kamila Ghazali. Kemenangan ini, secara tidak langsung telah manaikkan nama Universiti Malaya di peringkat Institusi Pengajian Tinggi Malaysia khususnya dalam aspek Service Learning Malaysia-University for Society (SULAM). 

Berikut adalah gambar-gambar untuk Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan e-SULAM Innovate 2021 (Universiti Malaya) yang telah berlangsung: 

                                                            

Highlights