• SULAM UM
  • sulam@um.edu.my
logo
logo

Pertandingan Projek SULAM UM 2025

Jun 19, 2025
08.00 AM - 01.00 PM
BILIK SEMINAR CITRA


Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pembelajaran Integral (CITRA) akan menganjurkan Pertandingan Projek SULAM UM 2025 kepada semua pelajar Ijazah Sarjana Muda Universiti Malaya yang telah menjalankan Projek SULAM pada Semester I dan II, Sesi Akademik 2024/2025.

Untuk makluman, pertandingan ini bertujuan untuk mengiktiraf pelaksanaan khidmat komuniti yang berimpak tinggi yang telah dijalankan oleh pelajar dan pensyarah bersama pihak industri, agensi kerajaan/swasta, NGO dan komuniti setempat secara fizikal atau dalam talian (online).

Kategori yang dipertandingkan adalah seperti di bawah:

* Projek SULAM Terbaik 

* Anugerah Pembentangan Terbaik

Tarikh permohonan penyertaan adalah bermula 4 Jun 2025 hingga 10 Jun 2025.

Berikut adalah Hadiah Pertandingan yang bakal dimenangi:

Kategori Pemenang : Projek SULAM Terbaik

Tempat Pertama

* RM1,000, Plak Cenderahati, Hamper & Sijil x 2 Pemenang

Tempat Kedua

* RM800, Plak Cenderahati, Hamper & Sijil x 2 Pemenang

Tempat Ketiga

* RM600, Plak Cenderahati, Hamper & Sijil x 2 Pemenang

Saguhati (4 Pemenang)

* RM300, Hamper & Sijil x 4 Pemenang

Anugerah Pembentangan Terbaik

* RM400, Plak Cenderahati, Hamper & Sijil x 2 Pemenang

Sehubungan itu, pihak CITRA berbesar hati menjemput semua pelajar Ijazah Sarjana Muda UM untuk turut serta dalam pertandingan ini. Mohon  untuk kongsikan maklumat pertandingan ini kepada semua pelajar untuk menyertai pertandingan ini..

Bagi pelajat yang berminat, sila imbas kod QR Borang Penyertaan seperti yang dilampirkan dibawah :

Untuk pertanyaan berkaitan pertandingan ini, tuan/puan boleh menghubungi Puan Sumitra Rajan 03-7967 5671 (sumi_r@um.edu.my) atau Cik Azura Azilah Ayub 03-7967 5428 (azilahayub@um.edu.my).


Sekian, terima kasih.

Highlights