• SULAM UM
  • sulam@um.edu.my
logo
logo

Pertandingan Projek SULAM UM 2024

Apr 25, 2024
12.00 AM - 12.00 AM
Pusat Latihan Intern dan Pengayaan Akademik (CITrA), Universiti Malaya

***Tarikh permohonan penyertaan adalah bermula 25 April 2024 sehingga 30 Mei 2024 sahaja.

***Sila klik disini untuk muat turun poster.

Garis Panduan Pertandingan Projek SULAM UM 2024

***Sila klik disini untuk muat turun garis panduan.

Definasi SULAM

SULAM adalah singkatan bagi Service Learning Malaysia – University for Society. 

SULAM adalah kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang menggabungkan hasil pembelajaran kursus dengan khidmat komuniti di mana nilai kredit dan jam pelaksanaan khidmat komuniti itu dikira dalam jumlah jam pelajar belajar bagi kursus yang berkaitan di Institut Pengajian Tinggi (IPT).

 

Kategori Pertandingan Projek SULAM UM 2024:

  • Projek SULAM Terbaik 
  • Anugerah Pembentangan Terbaik

 

Objektif Pertandingan

  • Mengiktiraf pelaksanaan khidmat komuniti yang dijalankan oleh pelajar dan pensyarah bersama orang awam, NGO, industri dan agensi yang berkaitan samaada secara bersemuka ataupaun secara atas talian. 
  • Menggalakkan khidmat komuniti kepada orang awam/NGO/Industri dan agensi yang berkaitan secara lebih tersusun di kalangan pelajar
  • Melaksanakan pertandingan projek khidmat komuniti yang lebih fleksible samaada secara bersemuka ataupun dalam talian.
  • Menjadi panduan kepada pelajar dan pensyarah dalam merancang dan menjalankan aktiviti khidmat komuniti yang lebih tersusun dan berimpak tinggi untuk masa akan datang.

 

Kriteria Projek bagi Pertandingan Projek SULAM UM 2024

  • Bagi maksud pertandingan ini, sesuatu projek SULAM perlu memenuhi kriteria berikut:
  • Projek tersebut adalah berasaskan pedagogi service-learning
  • Pelajar bertindak sebagai pemberi perkhidmatan yang menggunakan ilmu dan kemahiran yang dipelajari di dalam kursus akademik untuk memberi perkhidmatan kepada komuniti yang telah dikenalpasti
  • Projek boleh dilaksanakan secara bersemuka ataupaun secara atas talian bersama komuniti yang tertentu dengan menggunakan salah satu atau kombinasi daripada pendekatan SULAM berikut:

    • Langsung (Direct: Person to person, face to face service projects)
    • Tidak langsung (Indirect: Working on broad issues, environmental projects)
    • Advokasi (Advocacy: Educating others about topics of public interest)
    • Penyelidikan (Research: Gathering and presenting information on area of interest and need)

  • Contoh projek berdasarkan pendekatan SULAM diatas:

    • Langsung (Direct) 
      • Cth SULAM: Bengkel Kesedaran Sivik bagi komuniti setempat
      • Cth e-SULAM: E- kaunseling untuk membantu komuniti yang menghadapi masalah kewangan untuk membantu komuniti yang menghadapi masalah kewangan

    • Tidak langsung (Indirect)
      • Cth SULAM: Menyediakan Taman Mini untuk Komuniti
      • Cth e-SULAM: Menghasilkan video berkenaan penyeliaan kewangan

    • Advokasi (Advocacy)
      • Cth SULAM: Menjalankan kempen kebersihan PPR
      • Cth e-SULAM: Menyediakan platform untuk masyarakat membantu golongan gelandangan

    • Penyelidikan (Research) 
      • Cth SULAM: Menjalankan penyelidikan berkaitan keperluan tambahan untuk warga kurang upaya.
      • Cth e-SULAM: Menjalankan penyelidikan berkaitan norma baharu pasca COVIC-19 menggunakan aplikasi secara atas talian.

Syarat Penyertaan 

  • Permohonan terbuka kepada semua pelajar Universiti Malaya yang menjalankan projek SULAM Semester 1 & 2, Sesi 2023/2024 sahaja. 
  • Setiap kumpulan adalah terdiri daripada 5 hingga 10 orang pelajar dan seorang pensyarah sebagai penyelia projek.
  • Pensyarah kursus tersebut berperanan sebagai penasihat/fasilitator kepada kumpulan pelajar terbabit. 
  • Setiap penyertaan perlu bersifat asli (iaitu tiada unsur-unsur plagiat). Penganjur pertandingan berhak untuk menolak mana-mana penyertaan yang tidak menepati syarat-syarat pertandingan dan/atau mempunyai maklumat yang tidak benar. 
  • Lima (5) finalis pertandingan yang terpilih diminta untuk membentangkan projek SULAM di hadapan panel penilai yang dilantik oleh pihak CITrA. 
  • Permohonan MESTI diperakukan oleh pemohon (Ketua Kumpulan) dan disahkan oleh pensyarah kursus.

Kriteria Penilaian

Semua penyertaan bagi pertandingan ini akan dinilai berasaskan aspek-aspek berikut:

  • Keaslian projek dan/atau idea (20%)
  • Kreativiti dan inovasi yang diketengahkan (20%)
  • Potensi projek tersebut untuk diteruskan (10%)
  • Kolaborasi dengan pihak industri, agensi dan/atau NGO (10%)
  • Kesan projek tersebut ke atas pembelajaran pelajar (pengetahuan, kemahiran dan sikap) (20%)
  • Manfaat projek tersebut ke atas komuniti yang telah dikenalpasti (20%)

Hadiah Pertandingan

Kategori Pemenang

Projek SULAM Terbaik

Tempat Pertama

RM1,000, Plak Cenderahati, Hamper & Sijil

Tempat Kedua

RM800, Plak Cenderahati, Hamper & Sijil

Tempat Ketiga

RM600, Plak Cenderahati, Hamper & Sijil

Saguhati (2 Pemenang)

RM300, Hamper & Sijil

Anugerah Pembentangan Terbaik

RM400, Plak Cenderahati, Hamper & Sijil

Garis Masa Pertandingan

25 April 2024       - Pertandingan Dibuka

30 Mei 2024         - Pertandingan Ditutup

4,5,6,7 Jun 2024  - Proses Saringan (Pemilihan 5 projek terbaik)

11 Jun 2024         - Sesi Pembentangan Secara Bersemuka (Pembentangan oleh 5 projek terbaik) & Sesi Penyampaian Hadiah

Cara Penyertaan

Muat turun borang penyertaan dan senarai semak mengikut kategori yang dipertandingkan dibawah:

  • Borang Penyertaan Pertandingan Projek SULAM UM 2024 (klik disini untuk muat turun)
  • Senarai Semak Pertandingan Projek SULAM UM 2024 (klik disini untuk muat turun)

Lengkapkan borang penyertaan dan senarai semak bersama bukti mengikut bahagian yang telah diisi di dalam borang penyertaan. Setiap borang penyertaan perlu diperakukan oleh pemohon (Ketua Kumpulan) dan disahkan oleh pensyarah kursus.

Hantarkan salinan softcopy (borang penyertaan bersama senarai semak) yang telah lengkap diisi kepada En. Fadhli, Pen. Pegawai Tadbir melalui emel mohdfadhli@um.edu.my dan cc. kepada citra@um.edu.my selewat-lewatnya pada 30 Mei 2024.

Highlights