• SULAM UM
  • sulam@um.edu.my
logo
logo

Pertandingan Projek SULAM UM 2023

May 02, 2023
12.00 AM - 12.00 AM
Pusat Latihan Intern dan Pengayaan Akademik (CITrA), Universiti Malaya

***Tarikh permohonan penyertaan adalah bermula 2 Mei 2023 sehingga 14 Jun 2023 sahaja.

***Sila klik disini untuk muat turun poster.

Garis Panduan Pertandingan Projek SULAM UM 2023

***Sila klik disini untuk muat turun garis panduan.

Definasi SULAM

SULAM adalah singkatan bagi Service Learning Malaysia – University for Society. 

SULAM adalah kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang menggabungkan hasil pembelajaran kursus dengan khidmat komuniti di mana nilai kredit dan jam pelaksanaan khidmat komuniti itu dikira dalam jumlah jam pelajar belajar bagi kursus yang berkaitan di Institut Pengajian Tinggi (IPT).

 

Definasi e-SULAM

e-SULAM merupakan kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) berasaskan SULAM yang dijalankan secara atas talian samada:

  • Hanya aspek P&P sahaja dijalankan secara atas talian; atau
  • Hanya aspek khidmat komuniti sahaja dijalankan secara atas talian; atau
  • Kedua-dua aspek P&P dan khidmat komuniti dijalankan secara atas talian.

Kategori Pertandingan Projek SULAM UM 2023:

  • Projek SULAM Terbaik 
  • Projek e-SULAM Terbaik 

 

Objektif Pertandingan

  • Mengiktiraf pelaksanaan khidmat komuniti yang dijalankan oleh pelajar dan pensyarah bersama orang awam, NGO, industri dan agensi yang berkaitan samaada secara bersemuka ataupaun secara atas talian. 
  • Menggalakkan khidmat komuniti kepada orang awam/NGO/Industri dan agensi yang berkaitan secara lebih tersusun di kalangan pelajar
  • Melaksanakan pertandingan projek khidmat komuniti yang lebih fleksible samaada secara bersemuka ataupun dalam talian.
  • Menjadi panduan kepada pelajar dan pensyarah dalam merancang dan menjalankan aktiviti khidmat komuniti yang lebih tersusun dan berimpak tinggi untuk masa akan datang.

 

Kriteria Projek bagi Pertandingan Projek SULAM UM 2023

  • Bagi maksud pertandingan ini, sesuatu projek SULAM perlu memenuhi kriteria berikut:
  • Projek tersebut adalah berasaskan pedagogi service-learning
  • Pelajar bertindak sebagai pemberi perkhidmatan yang menggunakan ilmu dan kemahiran yang dipelajari di dalam kursus akademik untuk memberi perkhidmatan kepada komuniti yang telah dikenalpasti
  • Projek boleh dilaksanakan secara bersemuka ataupaun secara atas talian bersama komuniti yang tertentu dengan menggunakan salah satu atau kombinasi daripada pendekatan SULAM berikut:

    • Langsung (Direct: Person to person, face to face service projects)
    • Tidak langsung (Indirect: Working on broad issues, environmental projects)
    • Advokasi (Advocacy: Educating others about topics of public interest)
    • Penyelidikan (Research: Gathering and presenting information on area of interest and need)

  • Contoh projek berdasarkan pendekatan SULAM diatas:

    • Langsung (Direct) 
      • Cth SULAM: Bengkel Kesedaran Sivik bagi komuniti setempat
      • Cth e-SULAM: E- kaunseling untuk membantu komuniti yang menghadapi masalah kewangan untuk membantu komuniti yang menghadapi masalah kewangan

    • Tidak langsung (Indirect)
      • Cth SULAM: Menyediakan Taman Mini untuk Komuniti
      • Cth e-SULAM: Menghasilkan video berkenaan penyeliaan kewangan

    • Advokasi (Advocacy)
      • Cth SULAM: Menjalankan kempen kebersihan PPR
      • Cth e-SULAM: Menyediakan platform untuk masyarakat membantu golongan gelandangan

    • Penyelidikan (Research) 
      • Cth SULAM: Menjalankan penyelidikan berkaitan keperluan tambahan untuk warga kurang upaya.
      • Cth e-SULAM: Menjalankan penyelidikan berkaitan norma baharu pasca COVIC-19 menggunakan aplikasi secara atas talian.

Syarat Penyertaan 

  • Permohonan terbuka kepada semua pelajar Universiti Malaya yang menjalankan projek SULAM Semester 1 & 2, Sesi 2022/2023 sahaja. 
  • Setiap kumpulan adalah terdiri daripada 5 hingga 10 orang pelajar dan seorang pensyarah sebagai penyelia projek.
  • Pensyarah kursus tersebut berperanan sebagai penasihat/fasilitator kepada kumpulan pelajar terbabit. 
  • Setiap penyertaan perlu bersifat asli (iaitu tiada unsur-unsur plagiat). Penganjur pertandingan berhak untuk menolak mana-mana penyertaan yang tidak menepati syarat-syarat pertandingan dan/atau mempunyai maklumat yang tidak benar. 
  • Lima (5) finalis pertandingan dari setiap kategori yang terpilih diminta untuk membentangkan projek SULAM di hadapan panel penilai yang dilantik oleh pihak CITrA. 
  • Permohonan MESTI diperakukan oleh pemohon (Ketua Kumpulan) dan disahkan oleh pensyarah kursus.

Kriteria Penilaian

Semua penyertaan bagi pertandingan ini akan dinilai berasaskan aspek-aspek berikut:

  • Keaslian projek dan/atau idea (20%)
  • Kreativiti dan inovasi yang diketengahkan (20%)
  • Potensi projek tersebut untuk diteruskan (10%)
  • Kolaborasi dengan pihak industri, agensi dan/atau NGO (10%)
  • Kesan projek tersebut ke atas pembelajaran pelajar (pengetahuan, kemahiran dan sikap) (20%)
  • Manfaat projek tersebut ke atas komuniti yang telah dikenalpasti (20%)

Hadiah Pertandingan

Kategori Pemenang

Projek SULAM Terbaik 

 

Projek e-SULAM Terbaik 

 

Tempat Pertama

RM1,000, Plak, Hamper & Sijil

RM1,000, Plak, Hamper & Sijil

Tempat Kedua

RM800, Plak, Hamper & Sijil

RM800, Plak, Hamper & Sijil

Tempat Ketiga

RM600, Plak, Hamper & Sijil

RM600, Plak, Hamper & Sijil

Saguhati 

(2 Pemenang)

RM300, Hamper & Sijil

RM300, Hamper & Sijil

Anugerah Pembentangan Terbaik

RM400, Plak, Hamper & Sijil

Garis Masa Pertandingan

2 Mei 2023   - Pertandingan Dibuka

14 Jun 2023 - Pertandingan Ditutup

15 Jun 2023 - Proses Saringan (Pemilihan 5 projek terbaik dari setiap kategori)

22 Jun 2023 - Sesi Pembentangan Secara Bersemuka (Pembentangan 5 projek terbaik dari setiap kategori) & Sesi Penyampaian Hadiah

Cara Penyertaan

Muat turun borang penyertaan dan senarai semak mengikut kategori yang dipertandingkan dibawah:

  • Borang Penyertaan Pertandingan Projek SULAM UM 2023 - Kategori Projek SULAM Terbaik (klik disini untuk muat turun)
  • Borang Penyertaan Pertandingan Projek SULAM UM 2023 - Kategori Projek e-SULAM Terbaik (klik disini untuk muat turun)
  • Senarai Semak Pertandingan Projek SULAM UM 2023 (klik disini untuk muat turun)

Lengkapkan borang penyertaan dan senarai semak bersama bukti mengikut bahagian yang telah diisi di dalam borang penyertaan. Setiap borang penyertaan perlu diperakukan oleh pemohon (Ketua Kumpulan) dan disahkan oleh pensyarah kursus.

Hantarkan salinan softcopy (borang penyertaan bersama senarai semak) yang telah lengkap diisi kepada En. Fadhli, Pegawai Projek SULAM, UM melalui emel mohdfadhli@um.edu.my dan cc. kepada citra@um.edu.my selewat-lewatnya pada 14 Jun 2023.

Highlights