Penyelaras SULAM PTj
Pensyarah dan Pentadbir SULAM PTj
JEMPUTAN BENGKEL SULAM – Strengthening University Learning And Masyarakat
Dengan hormatnya merujuk kepada di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pembelajaran Integral (CITRA) akan menganjurkan bengkel SULAM – Strengthening University Learning And "Masyarakat" kepada semua penyelaras, pensyarah dan pentadbir yang mengendalikan Projek SULAM di PTj masing-masing.
3. Untuk makluman, bengkel SULAM – Strengthening University Learning And "Masyarakat" adalah merupakan insiatif strategik untuk memberi kefahaman asas mengenai pelaksanaan SULAM dalam pengajaran dan pembelajaran, berkongsi pengalaman daripada projek pembelajaran berasaskan komuniti yang berjaya, serta memberi panduan praktikal kepada pensyarah untuk mereka bentuk projek SULAM dalam kursus mereka. Maklumat bengkel adalah seperti di bawah:
Tarikh : 23 September 2025 (Selasa)
Masa : 8.30 pagi - 1.00 tengah hari
Tempat : BK, FSKTM, UM
4. Bersama-sama ini dilampirkan poster dan pendaftran di QR Code selewat-lewatnya pada 22 September 2025. Segala kerjasama dan keprihatinan tuan/puan bagi menjayakan bengkel ini amatlah dihargai,
Sekian, terima kasih.