• Welcome to SULAM UM
  • sulam@um.edu.my
logo
logo

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.

Pusat Latihan Intern dan Pengayaan Akademik (CITrA) amat berbesar hati untuk berkongsi tentang kejayaan Pemenang Pertandingan Projek SULAM 2023 yang diadakan pada 22 Jun 2023 / Khamis bertempat di CITrA.  Sebanyak 32 penyertaan telah diterima dan disaring bagi melayakkan diri ke peringkat finalis. Lima (5) finalis terbaik telah dipilih untuk bertanding dalam satu Sesi Pembentangan Projek SULAM bagi merebut Anugerah Pembentangan Terbaik serta Projek SULAM Terbaik 2023. Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang turut dilakukan pada hari yang sama.

Objektif pertandingan ini bertujuan untuk mengiktiraf pelaksanaan khidmat komuniti yang berimpak tinggi yang telah dijalankan oleh pihak pelajar dan pensyarah bersama orang awam, NGO, industri dan agensi yang berkaitan samaada secara bersemuka ataupaun secara atas talian. Selain itu, sebagai panduan kepada pelajar dan pensyarah dalam merancang dan menjalankan aktiviti khidmat komuniti yang lebih tersusun dan berimpak tinggi untuk masa akan datang. 

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada YBrs. Prof Dr. Yatimah Alias, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) yang sentiasa memberi nasihat serta sokongan penuh terhadap program ini. Penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh YBrs. Profesor Dr. Norintan Ab Murat , Pengarah CITrA. 

Pihak CITrA ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pemenang Pertandingan Projek SULAM UM 2023. Tidak lupa juga kepada Penyelaras-penyelaras SULAM di peringkat fakulti yang memberi kerjasama dalam memastikan adanya wakil-wakil projek yang bertanding pada kali ini. 

Berikut adalah senarai Pemenang-Pemenang Pertandingan Projek SULAM UM 2023 seperti dibawah:

Kategori Projek SULAM Terbaik

Tempat Pertama - Projek:  DIAMONDS: Diary of Mother, Nurturing Smiles for Daughters and Sons

Ketua Kumpulan: Nurin Afiqah binti Poisin

Penyelia Projek: Prof Dr Zamros Yuzadi Mohd Yusof

Sinopsis Projek: DIAMONDS ialah satu projek promosi kesihatan pergigian untuk komuniti di Lembah Kelang yang dijalankan oleh pelajar pergigian. Ianya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang pengetahuan dana amalan kesihatan pergigian, mempromosikan penjagaan gigi kendiri serta meningkatkan status kesihatan pergigian remaja hamil dan bayi mereka melalui sebuah program interaktif berteraskan kesihatan pergigian untuk remaja hamil.

Penyakit pergigian ialah masalah kesihatan awam yang mempengaruhi keadaan individu dan masyarakat. Karies gigi dan penyakit gusi lazimnya menyebabkan kesakitan dan mengakibatkan ketidakupayaan untuk makan, bekerja, menjalankan kerja rumah, menjaga anak-anak, dan bersosial yang boleh mendorong kepada gangguan terhadap kualiti serta kehidupan seharian. Rawatan di klinik pergigian boleh menjejaskan kewangan keluarga serta tidak hadir bekerja.

Projek DIAMONDS melibatkan 13 orang pelajar Tahun 4 Universiti Malaya dan seorang penyelia. Remaja hamil dari keluarga yang kurang berada (B40) serta faktor sosio-ekonomi yang rendah dan penjaga pusat terlibat telah dipilih sebagai kelompok sasaran. Projek ini dijalankan di Pusat Bimbingan Remaja Hamil Bayt Al-Rahmah, Ampang dan disertai oleh 17 orang remaja hamil serta penjaga mereka. Pelbagai aktiviti telah dilakukan bersama mereka dari bulan Mac sehingga Jun 2023 untuk meningkat pengetahuan, amalan, diet yang sihat, serta status pergigian mereka dan bayi mereka yang akan lahir di pusat tersebut.

Tempat Kedua - Projek: Projek Mata – Kesihatan Mulut dan Gigi dikalangan Pelajar Sekolah Kurang Upaya Penglihatan

Ketua Kumpulan: Farah Adiba Binti Norhaizam 

Penyelia Projek: Dr. Marhazlinda Jamaludin

Tempat Ketiga - Projek: Smile Bright, Reach New Heights!
Ketua Kumpulan: Chua Run Kang
Penyelia Projek: Dr. Ainol Haniza Binti Kherul Anuwar & Prof. Dr. Norintan Ab Murat

Saguhati - Projek: Interactive Halal Project (INTERHAL)

Ketua Kumpulan: Muhammad Fazil Bin Aep

Penyelia Projek: Dr. Norhidayah Binti Pauzi

Saguhati - Projek: ‘Emotional Support Project’ (Projek Sokongan Emosi)
Ketua Kumpulan: Nuri Rusydiah binti Rosle  
Penyelia Projek: Dr. Mohammad Ismath Ramzy Mohammad Ismail

Anugerah Pembentangan Terbaik - Projek: Projek Mata – Kesihatan Mulut dan Gigi dikalangan Pelajar Sekolah Kurang Upaya Penglihatan

Ketua Kumpulan: Farah Adiba Binti Norhaizam  

Penyelia Projek: Dr. Marhazlinda Jamaludin.

Sesi bergambar bersama semua Pemenang, Juri dan Urusetia pertandingan.

Untuk mengikuti rakaman Sesi Pembentangan Projek SULAM UM 2023 bersama Majlis Penyampaian Hadiah, sila klik link https://www.youtube.com/watch?v=VST6xT4Sk1M atau boleh melayari melalui Facebook CITrA https://www.facebook.com/citrauniversitimalaya/.
 

Sekian, terima kasih.

Highlights